Wednesday, May 21, 2008 posted at5:22 AM berkenalan sebelum bertemu, bila bertemu
dia hanya berjumpa bukan berkenalan............. Cinta yang suci hanyalah layak untuk kekasih yang berhati suci dan cinta yang ternoda hanyalah sepadan dengan mereka yang bercinta untuk nafsu dan ternoda hati serta kesucian dirinya..... Perkataan yang lemah-lembut itu dapat melembutkan hati yang lebih keras daripada batu....... dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera...........Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah pula kita menjadi langau yang boleh membusukkan daging........... Abadikan segenggam harapan, secebis ketekunan, seteguk pengorbanan................semadikan di dalam hati sebagai garisan hidup ini....................... Kesucian diri itu seperti air batu.....sekali ia hancur segalanya akan berakhir................ Kejujuran dan kejelitaan itu tidak bertakhta pada paras rupa yang seindah bulan..... tetapi pada hati yang beriman................... Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah..........makin dekat ianya datang menghampiri kita............................ Jika kamu cintakan kepada bunga, bunga itu akan layu......jika kamu cintakan kepada manusia, manusia itu akan mati.......Oleh itu, cintailah Allah kerana ia kekal abadi............... Cinta remaja ibarat kaca.......zahirnya jernih, tapi sekali ia pecah berderai......lukanya terlalu tajam...... Senyuman itu adalah madu bagi diri seseorang........oleh itu ukirlah senyumanmu pada yang memerlukan.................... Kawan ibarat pasir-pasir di pantai................kawan yang setia ibarat mutiara pasir di pantai............. Jangan dikenang peristiwa sedih tetapi kenangilah pengalaman manis kerana ia boleh membuatkan kita semakin ceria dan sentiasa gembira.................. Janganlah jadi seperti kumbang, habis madu segera terbang...........jadilah seperti tukang kebun, bunga dijaga sesegar embun.............. Janganlah terlampau banyak ketawa.....kerana ia akan mengeringkan hati dan wajah akan kehilangan serinya................ Hidup berbakti mati, hidup tak berbakti pun mati. Maka adalah lebih baik bagi kamu mencurahkan bakti.....Dengan itu matimu akan meninggalkan nama yang harum kerana bakti suci teramat bererti buat orang yang tahu menghargainya............. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit............dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.............. Tidak ada seorang pun yang pernah menemui harga sebuah kehidupan..........tetapi apa yang penting ialah kita harus membuatkan kehidupan itu berharga................ Orang hanya dapat melihat kesedihan kita melalui air mata......tetapi terlalu sukar untuk mereka menyelami penderitaan yang kita tanggungi akibat limpahan air mata itu.............. Hidup yang tiada pegangan umpama buih-buih sabun...........bila-bila masa ia akan pecah............. Basahilah wajahmu dengan air sembahyang...........dan jangan sekali-kali wajah ayumu digenangi dengan airmata kecewa kerana cinta................. Janganlah bercinta dengan orang yang kita cinta........tetapi bercintalah dengan orang yang mencintai kita...........kerana itu akan membuatkan kita lebih bahagia......... Kecantikan itu sering membuatkan kita jatuh cinta......tetapi tidak semua kecantikan itu dapat membahagiakan hidup kita........ Kawan untuk bergembira mudah untuk dicari.........tetapi kawan untuk menangis, itulah yang sukar ditemui........... Sayangilah insan yang merindui dan menyayangi dirimu.................. Hidup ini ibarat lampu dinding yang dinyalakan di malam hari...........apabila minyak sudah kering, ia akan terpadam sendiri.................. Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah............ tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi................ Ada orang anggap kita lemah....ada pula yang menganggap kita lebih kuat daripadanya..... Tapi sekiranya kita mengaku yang kita lebih kuat daripadanya, maka di situlah kelemahan diri kita.... Ketawa ketika kesedihan adalah ketawa ketabahan.....ketawa ketika kegembiraan adalah ketawa kemenangan.............dan tangisan ketika kesedihan adalah tangisan kekecewaan manakala tangisan ketika kegembiraan adalah tangisan kejayaan............... -nanii(: |
THE GUY ![]() believe me, knowing the name is enough THE ADMINISTRATORS : metalpuppet - baby arina - hanif ramli - honeypine ORANG KUAT. hahahaha ! Click here if you want to leave, i don't entertain spammers ! CHAT CHAT TILL DIE FRIENDS FRIENDS Miss Nani PAST PAST May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 January 2009 CREDITS TO Miss Nani (: |